Welcome To Our World :D

Segala komen yang positif & membina sangat dialu-alukan. Selamat
membaca. SEMOGA TERHIBUR!!! :D

Friday, July 18, 2014

CacaDyo - Love At Library 2 Part I




(Hehehe... Iklan kejap) ;D





  "Huh." Aku mengeluh. Aku cepatkan langkah aku menuju ke tandas sekolah. Misi aku sekarang cuma satu....

Menangis.

  "Hua! Hua! Hua! Sampai hati dia tolak aku. Hua!" Meraung aku dalam tandas tu. Aku baru lepas malu teramat sangat. Kene reject! Oleh seorang perempuan yang aku dah lama minat.

   Nur Athira

  Nasib baik aku nangis tempat tersorok sikit, kalau fans aku tahu ni mahu diorang lari keluar dari fandom aku. Huishh, nauzubillah!

   Korang jangan nak pelik ya kalau alu nangis. Memang logik aku nangis sebab aku dah minat Nur Athira tu lama dah. Sejak sebelum dia pakai braces lagi tau.

   Tapi bila dia pakai braces, nampak comel sangat! Tambah lagi braces warna-warni tu, rasa macam nak gigit aje sebab cute sangat.

   Sudah, sudah! Apa la yang kau merepek ni Syazid? Aku pun keluar dan menuju ke sinki. Sembap mata aku ni.

   Aku pun mengeluarkan spek Ray Ban aku dan pakai benda tu. Nampak vogue sikit kan? Mesti cair fangirls aku tengok aku nanti. Hehe... Be ready girls!

   Saat aku nak menapak keluar dari tandas ni, tiba-tiba aku dihalang seseorang. Budak perempuan. Wearing typical tinted spec and agak pendek.

   Heh, fan aku la ni! Aku tersenyum pada dia.

   "Hei, nak autograf aku ya? Boleh aje." Tapi budak tu menggeleng.

   "Saya nak... " Dia melurukan jarinya ke arah aku. 

   "Awak." Dia menghabiskan ayatnya.

    What?! Oh My God! Budak ni , sasaeng?! Tak percaya betul aku. Tapi hebat jugak aku kan? Sampai dah ada sasaeng. Hehe...

    Korang jangan tak tahu pulak sasaeng tu apa. Aku tahu pun daripada BFF tersayang aku, Amrani Adha. Dia tu peminat kipas mati Girls Generation (die-hard-fan).

    Aku intai nametag budak ni.

    Nurul Emirah Aminuddin Zaki.

    "Maaf la ya, saya dah berpunya." Aku tipu, baik-baik. Nanti kalau tengking-tengking mahu dia lari keluar fandom aku karang. 

    "Kalau macam tu, terpaksa la saya sebarkan benda ni kan?" Budak tu tunjukkan satu video dalam handphonenya.

     Ish, budak ni bawak barang haram. Kena report ni dekat Hali Taliba Mahedi, member aku yang jadi pengawas berkaliber tahun ni.

     Aku pun tengok la video budak Emirah ni.

     "Hua! Hua! Hua! Sampai hati dia tolak aku! Hua!" Aku melopong. Oh My God! Budak ni rakam aku tengah menangis tadi?! 

     Satu komen daripada aku. She is really hardcore, man! 

     Aku pandang muka budak tuh. Ish, nampak kecik je dia kat mata aku. Dia tersenyum sambil mengangkat kening.

     "So...? Macam mana? Haha... ."

     "Ikut aku!!!" Aku rentap lengan dia. Sebenarnya aku hesitated la jugak nak buat macam tu. Tapi dah marah sangat, lagipun berlapik!

     Aku heret dia ke pusat sumber (tempat kat mana aku selalu skodeng Nur Athira dengan braces comel dia tu). Dalam perjalanan tu, aku bertembung dengan junior aku. 

     "Eh Syazid, aku balik dulu eh." Ahmad Jannah melambai sambil tersenyum lebar. Tak pernah aku tengok dia tersengih-sengih macam tu. Macam angau je budak ni. Semua orang happy hari ni, aku???

    Aku heret budak ni masuk dalam bilik rujukan. 

    "Hei Nurul Emirah, kau dengar sini baik-baik eh! Apa yang kau nak sebenarnya?" Suara suprano aku dah muncul. Tak apa, bilik ni kebal bunyi. Tak ada lah fans aku terdengar pulak nanti.

    Budak Nurul Emirah tu melurukan jarinya lagi sekali ke arah aku. 
  
    "Saya nak .... awak. Just you."

    What the..?! Sah, she's confirmly crazy! 

    Aku melopong dengan jegilan mata sexy aku.

    Nurul Emirah tu hanya tersenyum cheese.

    Sekarang, what should I do???



To be continued ;P 
 Ps: Malas nak tulis banyak2. Hehex.

Tata salam, anyong gudbye. 

Tutu titi tata.

      

  

2 comments: