Ommo! Terharunya, 구마워 Suga babe!
(Hantuk kepala)
When you know
That she is your soulmate
But it is too late for you
To claim her back
What would you do?
Quotes : CacaDyo $$$
Oh My God!
Kasut aku...
Sekarang...
Dekat atas...
Pipi...
Nurul Emirah.
Mata aku terus membuntang bila aku nampak Nurul Emirah terlentang atas lantai and tambah terkejut gila lagi bila kasut aku sekarang ni menapak atas pipi budak Emirah ni.
"E.. Emi.. Emirah." Tergagap aku sebut nama dia. Aku menggoyangkan badannya. Berlapik okey!
Macam mana ni?!
Otak aku yang geliga time-time ni pulak tak nak memberi sumbangan idea. Hampeh betullah!
And saat ni... CPR???
Hei Syazid, kau gila ke apa? Ni anak dara orang tau!
Yalah tapi dah dia pengsan kan? Nak buat macam mana lagi.
Bongok lah kau ni! Muka handsome pun tak guna kalau otak tu letak kat dahi lutut. Pergi mintak bantuanlah!
Lepas je otak aku habis berdolak-dalik, aku terus keluar mintak bantuan.
Malangnya sekolah macam dah lengang.
Aku tengok jam tangan Swiss yang menjadi pilihan aku hari ni, 6:27 petang dah? Adoii, dahlah hari ni budak-budak asrama balik rumah. Aku nak mintak tolong siapa? Warden? Aku geleng kepala. Diorang takkan ada kat kuarters sebab cikgu-cikgu ada function malam ni.
Aku tiba-tiba terpandang sesuatu. Bike aku! And aku dapat satu idea!
Aku terpaksa, nak tak nak kenalah gendong Emirah. Sebelum tu aku sapu tapak kasut aku yang hitam tu atas pipi dia. Hehehe... . Tak adalah berat sangat budak ni, ringan je. Aku dapat dengar hembusan nafas dia.
Dan saat nilah, aku dapat rasa perasaan tu balik.
Getaran tu.
Gementar tu.
Aku dapat rasa hati aku berdegup laju macam larian Usain Bolt menghabiskan 100 meter dalam 30 saat.
Tapi aku endahkan. Yalah, mana tahu aku kesiankan aje budak Emirah ni. Tak lebih daripada tu pun!
Solusi aku.
Aku akan bawak budak ni ke hospital menggunakan bike aku. Korang pernah tengok tak 3 Idiots? Citer hindustan tulah. Eh, bukan yang Rajnikanth berlakonlah! Yang tu Tamil. Ni yang Aamir Khan and Karina Kapoor berlakon.
Aamir Khan bawak bapak kawan dia pergi hospital guna cara ni. Ikat dia kat belakang dengan tali! Hehe... tapi aku cipta sempadan antara aku dengan Emirah ni. Aku letak dinding kotak kat tengah-tengah. Baru Islamik sikit.
Aku tak nak pergi hospital kerajaan. Aku kan ada duit?! Lagipun hospital kerajaan ni sesak gila! Nak hirup oksigen pun susah.
Yang aku tahu, aku sampai ke hospital swasta.
And aku nampak muka Emirah yang pucat dan lemah tu dibawa pergi oleh doktor.
Dan buat pertama kalinya, aku terfikir...
Is she gonna be okay??? Aku mula risau.
ㅎ ㅗ ㅎ
"She's okay. She just had a light gastric. Maybe lambat makan or lack of nutrients. Dia perlukan rehat and makan secukupnya."
Kata-kata Doktor Aehliah Jeinal Bidin itu melegakan perasaan aku. Aku dah berpeluh-peluh tunggu result doktor.
"Ehem, kawan ke girlfriend ni? Kalau you tak ada girlfriend lagi, di sini available. Jom pergi makan, di sini dah lapar kebulur ni. Mesti you nak belikan makanan for your friend too right?"
Tiba-tiba Doktor Aehliah Jenal Bidin itu mengurat aku. Huisshh, gila ke apa?! Budak sekolah macam aku pun nak sapu? Siap guna 'di sini-di sini' lagi. Apa, ingat ni zaman Laila dan Majnun?! Kang tak pasal-pasal aku jadik Majnun pulak.
*majnun - gila
Aku senyum awkward jelah. Lepas tu aku jeling maut kat dia. Hiishhh! Aku gerak ke kafe nak beli makanan untuk Emirah. Dia suka makan apa ek?
Aku ternampak bubur chacha. Tak tahulah kenapa, tapi aku terus beli. Aku berhenti kejap dekat surau untuk solat. Solat dah jadi kebiasaan aku tambah-tambah lagi bila...
Emirah perintahkan aku solat lima waktu!
Kejap-kejap! Aku dah tahu! Tahu jawapan kepada teka-teki Emirah selama ni.
Emirah... aku terharu.
Habis je solat and berdoa macam -macam especially untuk bagi Emirah cepat sihat, aku terus sprint ke bilik Emirah. Tak lupa jugak bubur chacha yang aku beli tadi.
Tok tok. Aku masuk.
Emirah dah terjaga. Reaction dia mestilah... dia terkejut tengok aku. Mata dia membuntang, mulut melopong. Standard lah tu.
Aku duduk di sisi katil dia.
"Terkejut?"
Emirah mengangguk.
"Awak pengsan. Saya yang bawak awak ke sini." Emirah hanya mengangguk.
"Kenapa awak tak bagitahu?"
"Bagitahu apa?" Dahi Emirah berkerut.
"Sebab utama awak jadikan saya khadam awak."
Senyap. (Aishh, romantiklah pulak!)
"Terima kasih." Aku ucap sambil tersenyum manis memandang Emirah.
"Terima kasih? For what?" Emirah masih lembap. Tapi aku tetap sabar.
"Sebab jadikan saya khadam awak. Tapi in fact awak bukannya jadikan saya khadam awak but awak yang tolong saya." Aku berterus terang. Tapi gaya aku ala-ala hero drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, Tajul Razin. Mana lagi handsome? Hahaha... .
"Awak...awak tahu dah?"
"Yes, I know. Sepanjang saya jadi khadam awak, awak just suruh saya buat benda baik-baik je. Saya pun tak perasan sebenarnya. Solat, qiamullail, usrah, baca Al-Quran, pergi tazkirah, tak ponteng sekolah and tuisyen. Awak dorong saya untuk buat semua tu. Saya berterima kasih sangat."
Kitaorang berdua berkongsi senyuman. And aku tahu senyuman aku kali ni ikhlas.
"Terima kasih, kawan." Aku hampir nak nangis sebenarnya. Huhu...
Emirah tergelak. "Cheesynya!"
Aku bukak bungkusan bubur chacha and masukkan dalam mangkuk.
"Nak saya suap ke?" Aku dah mula nakal-nakal. Baru aku perasan, Emirah nampak comel kalau tak pakai spek.
Emirah menggeleng dan makan sendiri dengan seleranya.
"Cuma satu je, apa sebab awak suruh saya break up dengan Henani?" Persoalan aku buat Emirah tersedak. Uhuk, uhuk. Alah, comelnya!
"Yalah, tukan zina namanya. Mana boleh couple-couple." Emirah jawab selamba.
"Ye ke? Ke awak jealous?" Aku umpan. Nilah masanya nak tahu true story. Hehehe...
Sekali lagi Emirah tersedak. Hahahaha aku tergelak sampai naik biri muka aku. Aku pandang Emirah sekali lagi... . Dan aku tersenyum.
ㅇ ㅂ ㅇ
Emirah dah tidur. Aku just nak tunggu dia sampai family dia datang aje sebenarnya. Buat kali ni, aku tak tahu dah berapa ribu kali aku tilik muka dia. Nasib baik dia tidur.
"Thanks kawan."
Aku bersyukur dapat jumpa Emirah ni. Walaupun dalam cara yang agak gila sikit. Aku pandang bening dia.
And ...
Perasaan tu datang lagi.
Getaran tu.
Gementar tu.
I have butterflies in my stomach.
Tapi kali ni perasaan tu makin kuat. Lagi kuat daripada yang aku rasa kat Nur Athira.
Aku beristighfar.
Tapi bila aku pandang Emirah ni balik, dia nampak bercahaya gila.
Saat tu aku terfikir,
Mungkin...
Allah nak beri hidayah pada aku.
Melalui dia.
Dan...
Dia itu juga...
Adalah...
Tulang rusuk kiri aku.
Sekian - The End -
Habis LAL 2 ! Yoohoooooo... .
Nak tito pulok.
Tutu titi tata.
No comments:
Post a Comment