Welcome To Our World :D

Segala komen yang positif & membina sangat dialu-alukan. Selamat
membaca. SEMOGA TERHIBUR!!! :D

Monday, July 28, 2014

CacaDyo - Love At Library 2 Part III

Iklan : Bunga Api Raya


      Aku nampak dia! Akhirnya...

   Nurul Emirah! At last, aku dapat kau jugak. Dia tengah menunduk sambil menelaah time aku nampak dia. Aku apalagi... 

   Nak tangkap budak kecik tu lah! 

   Aku menyorokkan diri aku di sebalik kubu yakni rak-rak buku yang dah kekuningan tu. Ada Emirah dengan dua orang kawannya. Seorang specky macam Emirah, seorang lagi tak.

   "Seriouslah kau nak buat?" Kawan Emirah yang tak berspek tu bertanya.

   "Ye." Pendek je jawapan 'sibling' Emirah yang specky tu. 

    Aik, aku ni? Apehal lah aku sibuk-sibuk dengan hal orang lain. Patutnya aku settlekan masalah aku dulu. Aku pun mengintailah si Emirah tu.

    Dia tengah baca buku tapi aku tahu dia still dengar conversation members dia. Macam mana aku tahu? Ntah! Tapi... Alah! Aku tahulah!

   Aku lekatkan mata aku kat Emirah. Zzupp!!!

    Kenapa...
    Aku...
    Rasa...
    Macam...
    Ni...?

    Perasaan yang sama aku rasa terhadap Nur Athira.

    Igeon mwoya??!! 

     Ha, kau! Dah terlepas Korea aku! Ni sebab pengaruh daripada Amrani Adha and Waen Meghmed Naeimi la ni!

     Aku pandang dia lagi. Dia nampak bercahaya. Dia nampak mempesonakan. Dia nampak lain daripada yang lain. Bukan macam budak sasaeng specky yang aku kenal tiga minggu lepas.

    Bila aku fikir balik, kenapa budak Emirah ni buat macam ni? Kat aku? Mesti ada sebab dia tersendiri. Kalau nak kata dia sasaeng, dia tak ada pun buat benda gila-gila kat aku. Setakat suruh aku buat benda yang dia suruh je.

    Benda yang dia suruh pun bukan membunuh ke merompak ke merogol tu jauh sekali! Aku kalau bab-bab tu, hei nauzubillah! 

     Bila aku angkat muka aku, dia dah tak ada. Tinggal kawan-kawan dia aje. Aku keluar dari sarang kubu aku (kubu la sangat!)

     Aku cari dia sampai ke luar library. Tak ada! Takkan aku nak carik satu sekolah kot? Sekolah ni 'besar' gila!

     Tiba-tiba, otak aku yang geliga lagi genius ni mengeluarkan buah. Nak tanya kawan-kawan dia tak? 

     Nak ke tak?
     Yes or no?
      Ye tteoneun aniyo?
      Ceh! Acah-acah mamat Korea je.

    "Ehem. Nak tanya sikit." Tup-tup aku sendiri tak sedar bila aku dah ada kat depan kawan-kawan budak Emirah.

    Yang pastinya, reaksi diorang ...

     [ 0o0 ]   

    Mulut melopong gitu! Yalah, bila budak hot plus handsome plus segak plus plus plus lagilah tegur diorang, mesti diorang terkejut kan? Hehehe... kembang jap 'segi tiga bermuda' aku.

    "Emirah dekat mana?" Aku straight to the point. Malas nak simpang tiga simpang lima. 

    Diorang tersedak. Tersedak air liur kot. Sampai terbatuk kuat kot. Merah muka diorang. Dahlah dua-dua pulak tu! Aku nak tolong tepuk amai-amai belalang kupu-kupu belakang diorang pun, tak bolehlah kan? Bukan mahram.

    Lepas hampir tiga minit 4.5 setengah saat ( kalkulator pon barah otak kalau dimintak suruh kira ni ) , diorang reda akhirnya.

    "Emirah pergi tandas... ." Sejurus aku dapat jawapan, terus aku blah. Sebab aku dah nampak aura paparazzi dekat kawan Emirah yang tak berspek tu. Nanti tak pasal-pasal kena interview FOC, rugilah aku!

     Tandas, tandas. Jap! Tandas tingkat berapa ni? Ya Allah, apahal la bengap sangat? Aku mengeluh. Aku buat keputusan pergi jelah dekat tandas ground floor.

      Aku tunggu punya tunggu. Tunggu. Sempat tau aku habiskan sepuluh kali lagu Taeyang - Mata, Hidung, Bibir tu. Huhuhu... penangan member-member senget aku tulah.

       Ntah-ntah Emirah dekat tandas lain kot. Tapi...

       Aku pandang kiri kanan atas bawah. Ada orang tengok aku tak? Hati aku kuat mengatakan yang...

       'Syazid, Emirah kat dalam tu.'
       'Syazid, Emirah kat dalam tu.'

       Last-last aku masuk tandas perempuan. Hmmm, wanginya! I like! Kalau macam nilah, aku nak masuk tandas perempuan jelah lepas ni. Tandas lelaki tu perghh...busuk tahap stokin hapak yang terkena muntah and tak basuh tiga bulan dua puluh hari lima jam tiga minit tiga puluh tiga saat.

       Dah, apa aku meraban ni?

      Kaki aku pulak tersepak benda. Apalah benda ni? Dahlah gelap sikit kat hujung tandas ni. Aku kuis-kuis benda tu dengan kasut Nike Air yang aku baru beli malam semalam punya malam. Aik? Lembutnya.

      Aku fokuskan mata aku besar- besar.

      Oh My God!

      Kasut aku...

      Sekarang...

      Kat atas...




Curious? Curious? Hahaha... To-be-continued! Bwahahahahaha! You want it sooner or latter? 


    

  

No comments:

Post a Comment