Welcome To Our World :D

Segala komen yang positif & membina sangat dialu-alukan. Selamat
membaca. SEMOGA TERHIBUR!!! :D

Sunday, July 27, 2014

SALAM AIDILFITRI


Assalamualaikum......

Ramadhan bulan yang mulia baru sahaja berlalu. Semoga semua amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah & segala dosa kita diampunkan serta dijauhkan daripada azab neraka. Semoga semua amalan baik yang kita wat time bulan Ramadhan dpt berkekalan. Semoga kita dapat berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. Amin...

Esok dah raya...........

Jadi, kami daripada PROLT 98 ENTERTAINMENT ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang kami lakukan selama ini sama ada secara zahir ataupun batin, kecil atau besar dan secara sengaja mahupun tidak sengaja kepada semua yang mengenali diri kami...terutamanya ahli keluarga, saudara mara, guru-guru sklh rendah & menengah, sahabat handai di mana anda berada.

Kepada warga SAMTiSH-ians (Guru-guru, Pengawas ,MPA, Senior-senior, Junior-junior).....

Maafkan kami sekiranya pernah terkasar bahasa, tersalah kata & perbuatan, tersakitkan hati, terkerek, termarah, termoody x tentu pasal, terlanggar peraturan sekolah lagi-lagi asrama (hehehehe).. Kami hanya budak-budak yang masih memerlukan bimbingan daripada kalian semua utk menjadi manusia yang lebih baik dan berguna pada bangsa, agama dan negara.. Kami mengharap agar segala kesilapan kami dapat dimaafkan. In Shaa Allah, kami juga memaafkan kesilapan-kesilapan kalian semua. Doakan kami utk trial SMA lps raya ni dan SMA yang bakal menjelma tidak lama lagi. Good luck juga kpd semua yang bakal menghadapi peperiksaan tahun ni..

Akhir sekali.....



p/s: sorry kalau gambar korang x de dlm ni.. hihihi

No comments:

Post a Comment